Pages

Photobucket

Pengumuman

SELAMAT DATANG KE BLOG KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEAFIELD

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA PENGANUT AGAMA HINDU,

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/MAKLUM BALAS ATAU SEBARANG URUSAN RASMI SILA HUBUNGI ADMIN MELALUI EMAIL kipseafield@yahoo.com

KUTIPAN BERPUSAT AKAN DIADAKAN PADA 30 OKTOBER 2010 (AHAD) JAM 9.00 MALAM

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDUDUK KIPS 2010/2011

Mutiara Kata

Mutiara Kata
dipetik daripada JAIS

Sunday, May 30, 2010

Sejarah yang pasti terpahat diingatan



Kuarters Institusi Pendidikan Seafield dibuka pada bulan April 2002. Kuarters ini mempunyai 10 blok bermula blok A,B,C, D, E, F, G, H, J dan K.

Terletak di Jalan USJ 6/1 Subang Jaya. Dengan keadaan yang serba kekurangan, Jawatankuasa penaja Persatuan Penduduk ditubuhkan. Mesyuarat pertama diadakan di Surau KIPS pada pukul 9.00 malam. Pengerusi pertama ialah Cikgu Mat Som. Yuran yang ditetapkan ialah sebanyak RM50 sebulan.

Keadaan pada mulanya agak tidak terurus tiada guard ( jaga ) menyebabkan berlaku kecurian motosikal bermula di blok G. Pihak Jawatankuasa Penduduk telah mencadangkan agar jadual jaga malam dijalankan bermula pukul 12.00pagi - 2.00 pagi satu kumpulan, 2.00 pagi - 4.00 pagi dan 4.00 pagi - 6.00 pagi satu kumpulan. Keadaan pada mulanya berjalan lancar tetapi kerana semuanya adalah guru serta kakitangan pendidikan agak sukar untuk meneruskan tugas menjaga kawasan jadi pihak Jawatankuasa telah mencadangkan agar guard diambil dan dibiayai sendiri oleh penduduk.

Pondok jaga yang mulanya menggunakan kontena yang diberi oleh syarikat penerbangan telah digunakan sehinggalah Persatuan Penduduk membiayai sendiri untuk membina pondok jaga dan membina sendiri palang automatik.Pelbagai kenangan pahit dan manis telah dilalui sehingga sekarang. Bersyukurlah kerana kita telah mencapai pelbagai kesenangan hasil usaha Jawatankuasa yang dilantik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG KIP SEAFIELD