Pages

Photobucket

Pengumuman

SELAMAT DATANG KE BLOG KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEAFIELD

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA PENGANUT AGAMA HINDU,

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/MAKLUM BALAS ATAU SEBARANG URUSAN RASMI SILA HUBUNGI ADMIN MELALUI EMAIL kipseafield@yahoo.com

KUTIPAN BERPUSAT AKAN DIADAKAN PADA 30 OKTOBER 2010 (AHAD) JAM 9.00 MALAM

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDUDUK KIPS 2010/2011

Mutiara Kata

Mutiara Kata
dipetik daripada JAIS

Sunday, May 30, 2010

Perutusan Pengerusi



Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua penghuni KIP Seafield. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menerajui untuk penggal keempat Majlis Pemuafakatan Penduduk Kuarters Institusi Pendidikan Seafield ini.

Walaupun begitu berat rasanya ingin memikul beban ini, tetapi dengan sokongan padu AJK yang lama bersama berganding bahu menjalankan tanggungjawab ini rasanya tidak ada masalah bagi saya meneruskan tanggungjawab ini.

Saya menyeru semua penghuni memberi kerjasama kepada kami serta menyokong semua aktiviti yang akan kami jalankan bagi penggal ini. Sebelum itu eloklah rasanya saya menyatakan bahawa blog ini telah dibangunkan bertujuan untuk menggalakkan tuan/puan berinteraksi dengan kami melalui maya. Segala masalah, maklumbalas, cadangan, komen dan sebagainya bolehlah terus diajukan kepada kami IsyaAllah dalam seminggu 2 atau 3 kali kami akan respon segala aduan tuan/puan.

Dalam kesibukan tugas serta cabaran kehidupan di kota metropolitan ini, eloklah rasanya blog ini diwujudkan agar tuan/puan boleh meluahkan isi hati di mana sahaja tuan/puan berada dalam bentuk beretika serta mengambilkira budaya ketimuran. Kami sentiasa mengutamakan kebajikan semua penduduk didahulukan.

Saya juga ingin menyeru agar semua bayaran yang telah ditetapkan di dalam Mesyuarat Agung perlulah kita terima walaupun kita tidak bersama hadir di dalam Mesyuarat Agung. Janganlah kita menangguh sehingga akhirnya menjadi bebanan dan seterusnya menerima surat peringatan daripada MPPKIPS ataupun dari PPD Petaling Perdana dan Jabatan Pelajaran Selangor.

Sekianlah sahaja , terima kasih

LUTFEE ISMAIL AMIR
PENGERUSI
MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDUDUK
KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEAFIELD

Pertandingan Memasak

Cenderamata serta hadiah pertandingan mewarna daripada AMBank SS15. terima kasih jangan lupa bagi lagi tahun ini.
Johan Pertandingan Memasak Blok F. hadiah disampaikan oleh Ust Lutfee ( Pengerusi ) kepada wakil Blok F
Masakan Blok H Naib juara le ni. Mungkin sedap kot tapi tak sempat nak mencuba pun

Masakan Blok G yang diletakkan di dalam buah nanas serta pencuci mulut memang sungguh yummy tapi tak menang pun.

Masakan Blok F yang menjadi juara pertandingan. tak tahulah rasanya sedap ke tidak (jelous nampak bunyinye)
Masakan ikan bawal penambat selera bagi Blok E serta pencuci mulut yang mengiurkan

Masakan blok B yang diletakkan alas serta pelbagai bentuk juadah disediakan no 3 ni bang oi.

Masakan Blok A yang dikatakan akan menang

Bagi kaum ibu pula diadakan Pertandingan Memasak. Pertandingan masakan antara blok dijalankan pada pukul 11.30pagi. Semua blok mengambil bahagian kecuali blok D. Pertandingan masakan ini dimenangi oleh Blok F (no.1), Blok H (no.2), dan Blok B (no.3)…Tahniah kepada blok yang menang. Pertandingan ini diadili oleh Chef Razali dari Concorde Hotel.

Acara berakhir dengan jamuan makan tengahari yang diadakan dihadapan surau Bustanul Arifin KIPS.
( diedit daripada http://kipseafield.wordpress.com/ kepunyaan En Azalan

Pertandingan Sukaneka ( Gotong Royong Perdana )

Sempena Gotong Royong Perdana Pertandingan Sukaneka dan mewarna untuk kanak-kanak juga diadakan. Pada pukul 9.00 pagi bermula acara untuk kanak-kanak seperti sukaneka dan peraduan mewarna. Sukaneka diuruskan oleh Biro Sukan dan Blok C, manakala peraduan mewarna diuruskan oleh Ambank SS 15.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengelak daripada kanak-kanak berkeliaran apabila kaum bapa bergotong-royong. ( Edit daripada http://kipseafield.wordpress.com/ blog En Azalan )

Gotong Royong Perdana

dipetik daripada http://kipseafield.wordpress.com/ iaitu blog pertama yang dibina oleh En Azalan.



Alhamdulilah semua dah selesai dan selamat dijalankan. Gotong-royong Perdana telah dapat dijalankan dengan baik. Acara bermula dengan kehadiran peserta gotong-royong terdiri dari penghuni kuarters dan 50 pelajar dari Unisel.

Pelajar Unisel diberi tugas memantau sampah pukal di dalam blok kuarters dan juga membantu menanam pokok bunga.


Penghuni kuarters diberi tugas menulis nombor parking, menanam pokok bunga di blok, juga ada yang mengambil peluang menebang pokok di sekitar blok masing-masing. Sebuah lori telah disewa untuk mengangkat sampah sebanyak 4 trip.

Mengecat parking
Menanam pokok bunga

Pelangi - Biar Ku Menjadi Lilin

guru malaysia

Sejarah yang pasti terpahat diingatan



Kuarters Institusi Pendidikan Seafield dibuka pada bulan April 2002. Kuarters ini mempunyai 10 blok bermula blok A,B,C, D, E, F, G, H, J dan K.

Terletak di Jalan USJ 6/1 Subang Jaya. Dengan keadaan yang serba kekurangan, Jawatankuasa penaja Persatuan Penduduk ditubuhkan. Mesyuarat pertama diadakan di Surau KIPS pada pukul 9.00 malam. Pengerusi pertama ialah Cikgu Mat Som. Yuran yang ditetapkan ialah sebanyak RM50 sebulan.

Keadaan pada mulanya agak tidak terurus tiada guard ( jaga ) menyebabkan berlaku kecurian motosikal bermula di blok G. Pihak Jawatankuasa Penduduk telah mencadangkan agar jadual jaga malam dijalankan bermula pukul 12.00pagi - 2.00 pagi satu kumpulan, 2.00 pagi - 4.00 pagi dan 4.00 pagi - 6.00 pagi satu kumpulan. Keadaan pada mulanya berjalan lancar tetapi kerana semuanya adalah guru serta kakitangan pendidikan agak sukar untuk meneruskan tugas menjaga kawasan jadi pihak Jawatankuasa telah mencadangkan agar guard diambil dan dibiayai sendiri oleh penduduk.

Pondok jaga yang mulanya menggunakan kontena yang diberi oleh syarikat penerbangan telah digunakan sehinggalah Persatuan Penduduk membiayai sendiri untuk membina pondok jaga dan membina sendiri palang automatik.Pelbagai kenangan pahit dan manis telah dilalui sehingga sekarang. Bersyukurlah kerana kita telah mencapai pelbagai kesenangan hasil usaha Jawatankuasa yang dilantik.

Saturday, May 29, 2010

Mesyuarat Agung KIPS 2010

Pembayaran Berpusat Mei 2010

Terima kasih kepada semua penduduk KIP Seafield yang menunaikan tanggungjawab membayar semua yuran yang telah ditetapkan. Kutipan akan datang akan dijalankan pada 2/6/2010 ( Rabu ) semoga mendapat sambutan daripa tuan/puan

Tuesday, May 25, 2010

Kemalangan Lagi

Imam Surau iaitu Ustaz Darobi telah kemalangan pada 24/05/2010 di persimpangan jalan Kesas berhampiran Hitech Village. Difahamkan beliau yang baru selesai mengimami sembahyang Subuh di Surau Bustanul Ariffin dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Menurut sumber yang boleh dipercayai, beliau telah sedar dari koma dan masih dirawat di Hospital Sungai Buloh. Kita berdoa agar beliau cepat sembuh.

Sunday, May 23, 2010

Sekitar Hari Ahad



Syukur sehingga malam tiada kes yang mengerikan atau kejadian yang kurang enak didengar di Kuarters. Cuma sekitar jam 1.00 petang berlaku sedikit kemalangan iaitu sebuah kereta proton BLM milik penghuni Blok A berlanggar dengan rumah sampah. Tiada kecederaan berlaku.

Bayi maut jatuh tingkat 3



Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK
HARIAN METRO ONLINE
2010/05/23

SUBANG JAYA: Keletah seorang bayi berumur sembilan bulan yang baru tahu merangkak mengundang tragedi apabila maut selepas terjatuh dari tingkap rumahnya di tingkat tiga, Kuarters Pendidikan Seafield, USJ6/1, di sini, semalam

baca seterusnya

Bayi maut jatuh kuarters guru















Mangsa dipercayai merangkak dari katil bersebelahan tingkap tak berjeriji

SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters empat tingkat selepas dipercayai merangkak dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap tidak berjeriji tanpa disedari ibu bapanya dalam kejadian di Seafield USJ6/1, di sini pagi semalam.

Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my
2010/05/23

baca seterusnya

Takziah


Maut sewaktu ibu bapa tidur










Oleh NOR AZIRAN MOHAMED YUNUS
KOSMO ONLINE

SUBANG JAYA – Seorang bayi berusia sembilan bulan, Adam Haikal Mohd. Rostam memanjat tingkap bilik tidurnya yang terbuka di tingkat tiga sebelum terjatuh ke dalam longkang di kuarters Kementerian Pelajaran, USJ 6/1 di sini pagi semalam.

Kejadian pukul 6.30 pagi itu berlaku sewaktu ibu bapa bayi itu tidur dalam bilik yang sama.

baca seterusnya

Cadangan

Cadangan dan usul Mesyuarat Agung KIPS bagi mengeratkan hubungan silaturahim.
Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebilangan besar penghuni baru langsung tidak menghormati serta bersama-sama menyertai aktiviti yang dijalankan. dicadangkan majlis orientasi yang diadakan

Kehilangan lagi

Semenjak Kuarters Institusi Pendidikan Seafield dibuka dari tahun 2002 berbagai kes kecurian, pecah masuk rumah dan sebagainya berlaku. Pada 16 Mei 2010 Ahad sebuah lagi motorsikal jenis SS Two berwarna merah kepunyaan penghuni blok E dicuri. Difahami kecurian berlaku sekitar jam 3.00 pagi. Justeru pihak keselamatan menguatkuasakan penutupan pintu pagar bermula jam 12.00 tengah malam. Kepada semua penghuni diharapdapat mengunci semua motorsikal dan kenderaan masing-masing.

Kebakaran

Pada hari Ahad 9/5/2010 kira-kira jam 1.00 tengahari berlaku kebakaran kecil di blok G iaitu selepas Mesyuarat Agung KIPS. Alhamdulillah hasil kerjasama semua penghuni blok G yang tinggal terutamanya En Rozman, En Syam dan En Zaidi EON telah berjaya memecah masuk rumah serta memanggil kesemua AJK Induk KIPS.

Selepas 15 minit dilantik semula AJK KIPS, bersama-sama penghuni blok G membantu memadamkan kebakaran, bomba dan polis datang tetapi semuanya telah selamat. Penghuni yang meninggalkan masakan terlupa menutup dapur gas pergi menjemput anak saudara dimaklumkan dan pulang 5 minit kemudian.

Kerjasama dan muafakat berjaya memadamkan api yang mungkin akan memusnahkan kuarters kita. Terima kasih diucapkan

Saturday, May 22, 2010

Mesyuarat Agung KIP Seafield


Mesyuarat Agung MPPKIPS telah diadakan pada 9/5/2010 ( Ahad ) di dewan Harmoni SK Seafield dirasmikan oleh En Irwan Tan bin Abdullah Penolong Pegawai Pelajaran (Pengurusan Kemanusiaan) PPD Petaling Perdana mewakili Pn Foziah bt Buang Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Perdana.


Walaupun kehadiran kurang memuaskan Mesyuarat tetap dapat dijalankan memandangkan cukup korum berdasarkan perlembagaan MPPKIPS.

Mesyuarat yangdipengerusikan oleh En Sulaiman ketua Blok E, dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fauzi Pengerusi Biro Surau.

Ucapan Pengerusi 2009/2010 iaitu Ustaz Lutfee Ismail Amir menceritakan tentang program Boling Hari Guru menyebabkan kurangnya kehadiran. Ustaz Lutfee juga menceritakan tentang aktivti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2009 hingga Mei 2010. Beliau turut menyentuh tentang penutupan Taska atas arahan PPD dan berkaitan kontrak baikpulih syarikat yang ditawarkan akan tamat Okt 2010.

Ucapan Perasmian oleh En Irwan Tan Abdullah menyampaikan salam Pn Foziah PPD kerana Pn PPD ke Pertandingan Boling. Seterusnya beliau menyentuh mengenai kehadiran mesyuarat, beliau juga mengucapkan syabas kepada jawatankuasa kerana telah patuh kepada arahan PPD. Beliau juga menyatakan bahawa tinggal di Kuarters guru hanya untuk 3 tahun sahaja bukan selamanya.

Jamuan ringan dan pada pukul 10.30 pagi Mesyuarat bermula.
gambar akan menyusul kemudian

Sunday, May 9, 2010

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada

semua pengunjung blog kip seafield
Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG KIP SEAFIELD