Pages

Photobucket

Pengumuman

SELAMAT DATANG KE BLOG KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEAFIELD

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA PENGANUT AGAMA HINDU,

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/MAKLUM BALAS ATAU SEBARANG URUSAN RASMI SILA HUBUNGI ADMIN MELALUI EMAIL kipseafield@yahoo.com

KUTIPAN BERPUSAT AKAN DIADAKAN PADA 30 OKTOBER 2010 (AHAD) JAM 9.00 MALAM

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDUDUK KIPS 2010/2011

Mutiara Kata

Mutiara Kata
dipetik daripada JAIS

Sunday, May 30, 2010

Perutusan Pengerusi



Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua penghuni KIP Seafield. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menerajui untuk penggal keempat Majlis Pemuafakatan Penduduk Kuarters Institusi Pendidikan Seafield ini.

Walaupun begitu berat rasanya ingin memikul beban ini, tetapi dengan sokongan padu AJK yang lama bersama berganding bahu menjalankan tanggungjawab ini rasanya tidak ada masalah bagi saya meneruskan tanggungjawab ini.

Saya menyeru semua penghuni memberi kerjasama kepada kami serta menyokong semua aktiviti yang akan kami jalankan bagi penggal ini. Sebelum itu eloklah rasanya saya menyatakan bahawa blog ini telah dibangunkan bertujuan untuk menggalakkan tuan/puan berinteraksi dengan kami melalui maya. Segala masalah, maklumbalas, cadangan, komen dan sebagainya bolehlah terus diajukan kepada kami IsyaAllah dalam seminggu 2 atau 3 kali kami akan respon segala aduan tuan/puan.

Dalam kesibukan tugas serta cabaran kehidupan di kota metropolitan ini, eloklah rasanya blog ini diwujudkan agar tuan/puan boleh meluahkan isi hati di mana sahaja tuan/puan berada dalam bentuk beretika serta mengambilkira budaya ketimuran. Kami sentiasa mengutamakan kebajikan semua penduduk didahulukan.

Saya juga ingin menyeru agar semua bayaran yang telah ditetapkan di dalam Mesyuarat Agung perlulah kita terima walaupun kita tidak bersama hadir di dalam Mesyuarat Agung. Janganlah kita menangguh sehingga akhirnya menjadi bebanan dan seterusnya menerima surat peringatan daripada MPPKIPS ataupun dari PPD Petaling Perdana dan Jabatan Pelajaran Selangor.

Sekianlah sahaja , terima kasih

LUTFEE ISMAIL AMIR
PENGERUSI
MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDUDUK
KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEAFIELD

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG KIP SEAFIELD