Pages

Photobucket

Pengumuman

SELAMAT DATANG KE BLOG KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEAFIELD

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA PENGANUT AGAMA HINDU,

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/MAKLUM BALAS ATAU SEBARANG URUSAN RASMI SILA HUBUNGI ADMIN MELALUI EMAIL kipseafield@yahoo.com

KUTIPAN BERPUSAT AKAN DIADAKAN PADA 30 OKTOBER 2010 (AHAD) JAM 9.00 MALAM

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDUDUK KIPS 2010/2011

Mutiara Kata

Mutiara Kata
dipetik daripada JAIS

Saturday, May 22, 2010

Mesyuarat Agung KIP Seafield


Mesyuarat Agung MPPKIPS telah diadakan pada 9/5/2010 ( Ahad ) di dewan Harmoni SK Seafield dirasmikan oleh En Irwan Tan bin Abdullah Penolong Pegawai Pelajaran (Pengurusan Kemanusiaan) PPD Petaling Perdana mewakili Pn Foziah bt Buang Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Perdana.


Walaupun kehadiran kurang memuaskan Mesyuarat tetap dapat dijalankan memandangkan cukup korum berdasarkan perlembagaan MPPKIPS.

Mesyuarat yangdipengerusikan oleh En Sulaiman ketua Blok E, dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fauzi Pengerusi Biro Surau.

Ucapan Pengerusi 2009/2010 iaitu Ustaz Lutfee Ismail Amir menceritakan tentang program Boling Hari Guru menyebabkan kurangnya kehadiran. Ustaz Lutfee juga menceritakan tentang aktivti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2009 hingga Mei 2010. Beliau turut menyentuh tentang penutupan Taska atas arahan PPD dan berkaitan kontrak baikpulih syarikat yang ditawarkan akan tamat Okt 2010.

Ucapan Perasmian oleh En Irwan Tan Abdullah menyampaikan salam Pn Foziah PPD kerana Pn PPD ke Pertandingan Boling. Seterusnya beliau menyentuh mengenai kehadiran mesyuarat, beliau juga mengucapkan syabas kepada jawatankuasa kerana telah patuh kepada arahan PPD. Beliau juga menyatakan bahawa tinggal di Kuarters guru hanya untuk 3 tahun sahaja bukan selamanya.

Jamuan ringan dan pada pukul 10.30 pagi Mesyuarat bermula.
gambar akan menyusul kemudian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG KIP SEAFIELD