Pages

Photobucket

Pengumuman

SELAMAT DATANG KE BLOG KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEAFIELD

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA PENGANUT AGAMA HINDU,

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/MAKLUM BALAS ATAU SEBARANG URUSAN RASMI SILA HUBUNGI ADMIN MELALUI EMAIL kipseafield@yahoo.com

KUTIPAN BERPUSAT AKAN DIADAKAN PADA 30 OKTOBER 2010 (AHAD) JAM 9.00 MALAM

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDUDUK KIPS 2010/2011

Mutiara Kata

Mutiara Kata
dipetik daripada JAIS

Friday, July 9, 2010

Pemansuhan UPSR dan PMR

KUALA LUMPUR: Pandangan guru dan ibu bapa akan dikaji terlebih dahulu sebelum peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Menurut beliau, cadangan pemansuhan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah satu langkah yang positif untuk perkembangan pendidikan di negara ini, namun persetujuan semua pihak harus dipertimbangkan terlebih dahulu.
“Kita akan mengumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa terlebih dahulu melalui sumber seperti akhbar dan media, dan pandangan mereka akan dibawa kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alimuddin juga berpendapat, pendidikan negara selama ini terlalu berorientasikan peperiksaan dan perubahan perlu dibuat selaras dengan falsafah pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.

Sementara itu, beliau berkata, kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang dinilai melalui UPSR sebelum ini akan diteruskan dengan penilaian akhir tahun sekolah sahaja.

“Kemasukan pelajar ke sekolah menengah akan dinilai melalui peperiksaan penilaian berasaskan sekolah,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG KIP SEAFIELD