Pages

Photobucket

Pengumuman

SELAMAT DATANG KE BLOG KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEAFIELD

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA PENGANUT AGAMA HINDU,

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/MAKLUM BALAS ATAU SEBARANG URUSAN RASMI SILA HUBUNGI ADMIN MELALUI EMAIL kipseafield@yahoo.com

KUTIPAN BERPUSAT AKAN DIADAKAN PADA 30 OKTOBER 2010 (AHAD) JAM 9.00 MALAM

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDUDUK KIPS 2010/2011

Mutiara Kata

Mutiara Kata
dipetik daripada JAIS

Friday, October 22, 2010

GEMPUR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kepada semua penghuni sila semak sms serta maklumat pada papan kenyataan dan surat di dalam peti surat tuan/puan.

AJK MPPKIPS telah memutuskan akan mengambil tindakan drastik kepada semua penghuni yang belum menjelaskan Yuran KIPS dan Surau. Surat Makluman dan Peringatan telah dikeluarkan disusuli dengan SMS.

Mengikut Perlembagaan KIPS jika tuan/puan tidak menjelaskan yuran KIPS dan surau 3 bulan berturut2, tindakan mengeluarkan surat peringatan 1 disusuli peringatan kedua sesalinan ke sekolah penama dan PPD.

Harap maklum

Jamuan Raya

Alhamdulillah KIPS telah menganjurkan jamuan raya dan jamuan mesra di perkarangan Blok E dan F. Melalui biro kebajikan yang diketuai oleh Ustaz Azman kita telah berjaya menjalankan aktiviti yang dirancang. terima kasih kepada semua AJK yang terbabit. Kepada penghuni blok E dan F yang telah mengosongkan parking didahului ucapan terima kasih daun keladi.

Thursday, August 19, 2010

Sekadar Renungan Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan penghuni KIPS
Alhamdulillah kita dapat meneruskan ibadah puasa di Bulan Ramadan Al Mubarak ini. Sebelum saya meneruskan makluman tentang KIPS izinkan saya untuk memohon maaf jika terkasar bahasa.
Lebih kurang seminggu sebelum Ramadan menjelma kita dikejutkan dengan kehadiran di antara 10 hingga 12 orang dari luar negara kononnya dari Korea ke Kuarters kita. Alhamdullillah atas ke sepakatan yang ada kita berjaya menahan hanya 3 orang untuk di soal siasat setelah mereka dengan bangganya bergerak ke semua blok.
Kami telah memanggil polis dan ketiga-tiga mereka telah ditangkap di bawa ke mana pun kami tak tahu.......
Malam pertama Ramadan kami lebih kurang dalam 4 orang ke rumah seorang hamba Allah untuk mengetahui masalah kelurga berkenaan. Aduan diterima bahawa berlaku perbuatan sumbang. Setelah nasihat diberikan kami pulang. Tekanan daripada penduduk semakin bertambah menyebabkan 3 malam kemudiannya berlaku sedikit kekecohan. Polis sekali lagi dipanggil. Alhamdulillah perkara dapat diselesaikan walaupun ada di antara kami yang balik ke rumah jam 2.30 pagi hingga 4.00 pagi.
2 hari lepas seorang sahabat kita telah dimasukki pencuri, TV LCD 32' dan Laptop hilang. Entahlah apa yang guard buat? difahamkan lebih kurang jam 12.00 tgh hari. Pintu dapur diumpil. Kononnya 2 org guard boleh kerja lagi bagus. tapi lagi hampeh adalah.

Saturday, July 10, 2010

Demam Piala Dunia

Setelah bermalam-malam berjaga akhirnya Piala Dunia akan melabuhkan tirainya pada 12/7/2010. Jangan lupa menonton mulai pagi Ahad dan Isnin. Jangan pulak tak pergi sekolah esoknya. Lepas ni boleh la ramai-ramai Qiamullail sebab dah biasa berjaga malam.

Friday, July 9, 2010

Prosedur Keluar Kuarters

1 Sila dapatkan borang keluar kuarter daripada setiausaha KIPS atau sekolah tuan dan isikan.
2 Terdapat 2 borang yang perlu diisi iaitu borang keluar kuarters dan borang kewangan
3 Hantar borang kepada Pengerusi dan Bendahari KIPS untuk pengesahan.
4 Sila jelaskan ke semua bil iaitu bil elektrik, bil telefon rumah (jika berkaitan ), bil Indah Water, bayaran yuran KIPS, yuran Surau.
5 Selepas disahkan sila hantar ke sekolah untuk pengesahan Guru Besar atau Pengetua dan hantar ke PPD melalui PAR atau hantar sendiri.

Permohonan Masuk ke Kuarters Institusi Pendidikan Seafield

1 Sila dapatkan borang permohonan kemasukan ke kuarters Institusi Pendidikan di sekolah tuan/puan berkhidmat.
2 Isikan borang tersebut dan minta pengesahan Guru Besar dan kemudian bawa borang tersebut dan berjumpa dengan Pengerusi KIP mana-mana yang tuan/puan mohon untuk sokongan.
3 Hantar borang ke PPD untuk proses dan tunggu jawapan bertulis daripada PPD.
Untuk makluman:
1 Tuan/puan atau suami/isteri haruslah kakitangan pendidikan samada guru, Pembantu Tadbir atau Pembantu Pengurusan Murid atau yang bekerja berkaitan bidang pendidikan.
2 Di dalam slip gaji tuan/puan telah ada elaun rumah kerana memudahkan potongan gaji dibuat.

Pemansuhan UPSR dan PMR

KUALA LUMPUR: Pandangan guru dan ibu bapa akan dikaji terlebih dahulu sebelum peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Menurut beliau, cadangan pemansuhan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah satu langkah yang positif untuk perkembangan pendidikan di negara ini, namun persetujuan semua pihak harus dipertimbangkan terlebih dahulu.
“Kita akan mengumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa terlebih dahulu melalui sumber seperti akhbar dan media, dan pandangan mereka akan dibawa kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alimuddin juga berpendapat, pendidikan negara selama ini terlalu berorientasikan peperiksaan dan perubahan perlu dibuat selaras dengan falsafah pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.

Sementara itu, beliau berkata, kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang dinilai melalui UPSR sebelum ini akan diteruskan dengan penilaian akhir tahun sekolah sahaja.

“Kemasukan pelajar ke sekolah menengah akan dinilai melalui peperiksaan penilaian berasaskan sekolah,” katanya. – BERNAMA

Thursday, July 8, 2010

Mesyuarat Biro Keselamatan

Tarikh : 9/7/2010
Hari : Rabu
Masa : 9.30 malam
Tempat : Pejabat KIPS

Kehadiran:
Ust Lutfee
En Mohd Faisol
En Hisyam
En Zaidi
En Che Amram
2 orang Wakil Syarikat Keselamatan
2 orang Pengawal Keselamatan

Mesyuarat bertujuan memperkenalkan diri dan memaklumkan tugas pengawal keselamatan.

Pihak MPPKIPS berharap agar pengawal keselamatan akan lebih bertangungjawab dalam menjalankan tugas.

Setiap kenderaan keluar masuk akan ditulis nombor kenderaan bagi memantau pergerakan keluar masuk kenderaan yang tidak dikenali.

Mesyuarat Biro Sukan


gambar hiasan

Tarikh : 6 Julai 2010 ( Selasa )
Masa : 9.30 malam
Tempat : Pejabat KIPS
Kehadiran :
Ust Lutfee
En Mohd Faisol
En Hisham
En Zaidi
En Mohd Fadzil
En Malek Sulaiman
En Zulkifli
En Shahfis

Biro Sukan akan menganjurkan pertandingan Badminton terbuka KIPS 2010 pada 1 Ogos 2010 ( Ahad ). Bertempat di Dewan SK Subang Jaya. Penyertaan terbuka kepada semua penduduk.

3 Kategori dipertandingkan iaitu :
1 Lelaki Dewasa
2 Perempuan Dewasa
3 Remaja.

Hadiah wang tunai dan trofi.
Sila hubungi En Malek atau En Fadzil untuk sebarang pertanyaan

Tuesday, June 22, 2010

Penggunaan SMS

Makluman kepada semua penghuni bahawa MPPKIPS akan menggunakan perkhidmatan SMS untuk memaklumkan segala pengumuman, makluman tentang yuran, dan sebagainya. harap maklum
Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG KIP SEAFIELD